Wednesday, March 24, 2010

trip rosak bersama warga tua




hari yang dinatikan oleh semua2 fighter2 telah tiba..perjalan yang diketuai oleh saudara abe yg agak hensem tetapi mennganggap diri nye hot seperti batu api utk menyalakn dapur..janji melayu mengatakan pertolakan pada pukul 12 agak menghampakan akibat miss communicatian akibat ketiadaan budak mascom..dlm perjalan itu berlaku 1 aksi dimana semua pemandu telah mengayakan pemanduan seperti jenson button(acah-acah je)tp lg hebat dari alex yoong kot..ekekeke.pada pukul 7 bermula akti mendaki air terjun..abang2 tuff seperti aku mesti la kuat kan...ekekke..perjalanan yg mengambil masa selama 2 jam akhirnya sampai...aku yg hensem lg bergaya menunjukkan aksi..

Tuesday, March 16, 2010

maryamah karpov






new book yg dapat aku simpan buat koleksi..bagai nk mati aku mencari...last2 kt sg besar baru aku jumpa...apa guna borders,MPH buka besa2 kt KL ni???aish...tetralogi terakhir dari andrea hirata selepas laskar pelangi..

Thursday, February 18, 2010

gua teringin wat trip mcm ni...


gua respek ngn pakcik ni

Awak Buat Batu Nisan Suruh Orang Cepat Mati?
Saya cuma cari rezeki dan berbakti kepada orang ramai.
Majalah Emosi - Bil.46:Disember 20

Petikan dari "Awak Buat Batu Nisan Suruh Orang Cepat Mati? Saya cuma cari rezeki dan berbakti kepada orang ramai.".


Pagi itu Azhar pergi ke keadi kopi Wak Parman lebih awal. Dia perlu siapkan tempahan yang dipesan dengan cepat. Tempahan pelanggan mesti disegerakan. Jadi, dia mahu bersarapan di kedai kopi sahaja. Isterinya memeng selalu keluar awal kerana bertugas sebagai pendidik.

Tiba sahaja di kedai kopi , Mohd. Azhar diperli oleh kawan-kawannya.

"Ha! Ini dia orang yang suka sangat kalau orang mati cepat," kata Yusuf Gitar sambil tersenyum kepada Azhar.

"Yalah tu, si Azhar ni memang seroniok kalau dengar ada orang mati. Larislah batu nisannya," sampuk Umar Belut disambut dengan gelak tawa beberapa orang yang ada diwarung itu.

"Terima kasihlah kawan-kawan. Kalau nak suruh aku belanja hari ni, cakap ajalah. Jangan asyik mengata aku. Insya-Allah tanggung beres!..." balas Mohd. Azhar sambil tersenyum mengambil tempat duduknya.

Memang hubungan Mohd. Azhar dengan rakan-rakanya cukup akrab. Jadi soal berseloroh dan bergurau senda sudah tidak di ambil hati lagi. Walaupun kadang-kadang gurau itu sensitif juga. Bagi Mohd. Azhar Haji Sadan, 34 tahun, gurau serta perli seperti itu sudah jadi halwa telinganya. Malah dengan kata-kata seperti itu yang sering datang kepadanya dijadikan pendorong untuk memajukan perniagaanya.

Itulah antara kekuatan yang ada pada diri usahawan muda ini. Dia memulakan perniagaanya sebagai pembekal batu nisan dan berangan hiasan kubur sejak tahun 1990 lagi. Tempatnya beroperasi ialah di Sekinchan, Selangor.

"Mendoakan untuk orang yang dah mati memang sunat, tetapi kita tidak boleh mendoakan supaya orang cepat mati. Itu tidak baik. Lagi pun ajal maut ditangan Tuhan," kata Mohd Azhar semasa ditemui ditempat kerjanya.

Ketika menceritakan bagaimana dia memulakan perniagaan batu nisan ini, Mohd. Azhar memberitahu, setelah dia menamatkan sekolah diperingkat Sijil Penilaian Malaysia pada tahun 1995 dia tercari-cari kerja bagi menyara hidupnya. Dengan keputusan SPM yang tidak begitu menjanjikan peluang pekerjaan yang memuaskan, dia nekad akan berusaha sedaya upaya mencari rezeki untuk keperluan sendiri dan membalas pengorbanan ibu dan ayahnya.

"Selama setahun saya membuat kerja-kerja kampung. Membantu orang tua saya di sawah. Maklumlah ketika itu kehidupan kami sempit, adik beradik semuanya masih kecil lagi dan masih bersekolah. Jadi, sedikit sebanyak dapatlah saya meringankan beban orang tua saya. Selain itu, saya berusaha mencari kerja tetap.

"Sementara mendapat kerja, saya kerap mengikuti kursus-kursus anjuran Jabatan Belia dan Sukan, terutamanya dalam kursus perniagaan." Setelah setahun menganggur, Mohd. Azhar yang berasal dari Kampung Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor berhijrah ke Ulu Klang, Kuala Lumpur. Berbekalkan sedikit kebolehan membaiki basikal dia membuka sebuah bengkel kecil di situ. Dengan berkat kesabaran dan ketabahan, banyak juga pelanggan yang mengakui kebolehannya mengusahakan bengkel basikal ini. Tetapi bengkel tersebut bertahan hanya beberapa tahun sahaja. Dia merasa bidang itu tidak sesuai dengan prinsip hidupnya yang ingin mengusahakan satu pekerjaan yang lebih mencabar.

Awal tahun 90-an, ketika Mohd. Azhar berguru di dalam bidang tauhid di kampung asalnya, kebetulan gurunya pembuat batu nisan. Dia terus didedahkan sedikit sebanyak rahsia membuat batu nisan itu.

"Bial guru saya meninggal dunia, kerja-kerja membuat batu nisan terbiar begitu sahaja. Tiada orang yang mengambil alih bengkelnya. Atas kesedaran saya, saya mengambil alih bengkel yang telah terbiar itu dan menyambung tugas sebagai pembuat batu nisan. Mula-mula saya membuat kerja membuat nisan ini , saya berasa sangat asing. Terutama jika dibandingkan dengan kerjaya kawan-kawan dan jiran-jiran saya. Selalu orang kata kepada saya, awak buat nisan samalah macam suruh orang mati cepat," Cakap-cakap seperti itu tidak melemahkan Mohd. Azhar. Tetapi sebaliknya dijadikan perangsang untuk memajukan perniagaanya.

"Mula-mula saya mengambil alih perusahaan ini dulu, saya tawakkal sahaja. Saya langsung tidak yakin perniagaan ini boleh mendatangkan keuntungan. Tapi tahun kedua, saya mula mengecapi keuntungan yang lumayan. Kerana semakin ramai orang yang tahu adanya perusahaan ini.

Saya anggap perniagaan saya ini sebagai serampang dua mata. Selain berniaga mencari rezeki, saya dapat berbakti kepada orang ramai, terutama orangorang kampung saya sendiri dan kampung-kampung yang berdekatan kerana mereka tidak perlu menempah batu nisan di tempat yang lain."

Beberapa jenis batu nisan dibuatnya sendiri oleh Mohd. Azhar. Baha asas untuk membuat nisan, ialah marble/marmar tempatan, terrazo dan kayu cengal. Pelanggan boleh menempah batu nisan mengikut cita rasa mereka.

Batu nisan yang dibuat dari marmar tempatan, harga biasanya dijual dari RM250 hingga RM1300 sepasang. Ada juga batu nisan Terrazo dengan nama si mati dibuat khas dari porselin.

Ada pelanggan yang menempah batu nisan yang dibuat dari terrazo dengan nama si mati diukir khas dari porselin. Nama dibuat dari proses pembakaran dan tulisan jawi dibentuk secara berkomputer. Batu nisan jenis ini dijual dengan harga antara RM130 hingga RM210 sepasang.

Ada juga pelanggan Mohd. Azhar memilih nisan daripada kayu cengal. Sepasang nisan daripada kayu cenggal pula dijual dengan harga antara RM180 - RM550. Selain membuat batu nisan, Mohd. Azhar juga mampu membina pusara dengan konsep pasang siap dan kepok dengan tulisan mengikut citarasa penempah.

"Kebelakangan ini saya merasakan sambutan cukup menggalakkan. Batu nisan ini dibeli bukan hanya kerana adanya kematian, tetapi juga diperlukan oleh waris yang mahu menggantikan batu nisan yang telah rosak," kata Mohd Azhar yang menerima sokongan padu dari isteri dan ahli keluarganya.

Mohd. Azhar berharap perniagaannya akan terus maju. Sekarang dia sudah membuka beberapa cawangan, antaranya di Kuala Selangor, Batang Berjuntai, Felda Soeharto, Shah Alam, Teluk Intan dan Puchong.

cube try tengok http://www.nisanworld.com/index.html

Monday, January 18, 2010

Wednesday, January 13, 2010

kemunculan semula dengan selepas lame berkabung

alo semua...hehehe..aku dh dtg kembali..itu je yg aku nk tulis pun

Faizal&Wawa




assalamualaikum..selamat sejahtera kepada yg bukan beragama islam...lame dh aku x update blog..ntah la rase mls pun ade..tp bila pikirkan perlu jugak ku update menatang ni..ekeke..setelah melalui pahit jerih akhirnya aku blh senyum kembali...hehehe..seronok dgn kehidupan baru...walaupun ade sedikit la rase nk mencarut..ekeke..

ade la sekepin dua gamba job2 yg kau lalkukan..tp aku cume nk up pic faisal&nurhana ni..job last minit..tp aku sronok sbb dorg mbr aku..akhirnya kawin jugak pejal ni..dlu eksiden x bapak teruk lak..begegar otak sbb kepala cium divider jln...tp dh jodoh mereka..semoga berbahagia keanak cucu..cicit lg hebat la..hehehe..